Quantcast

IKRAM gerakan dakwah baru yang macamana?

classic Classic list List threaded Threaded
35 messages Options
12
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: IKRAM gerakan dakwah baru yang macamana?

manusia
salam...setahu saya IKRAM dgn ISMA mmg berlainan...ISMA bukan bawah IKRAM...hanya JIM bawah IKRAM...ISMA dan HALUAN 2 NGO berbeza..dua-dua bukan bawah IKRAM...kat mesir tu ISMA, bkn IKRAM...tak pastilah klu pengetua ade maklumat lain...
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: IKRAM gerakan dakwah baru yang macamana?

pemerhati
Salam - iAllah response sy.

i. Hal pelbagai pendekatan dan jamaah bukan hal baru dalam dunia Islam hari ini.
ii. Bab kewujudan IKRAM sebenarnya tiada masalah langsung - cuma PAS yg bimbang tidak bertempat.
iii. Bab taadud Jamaah pun sebenarnya takde masalah pun. lihat contoh di Indonesia, ikwan indonesia PKS walaupun dah jadi parti Islam antara yg terbesar dan stable tidak pernah keluar kenyataan utk menafikan kewujudan org lain (NU, Muhammadiyah, etc) malah boleh bekerjasama.. PAS aje yg keruan tak tentu hala rasanya..
iv. di turki, di mesir, dan dimana belahan dunia Islam pun sama sebenarnya..

so, mudah cite - PAS tak perlu kelam-kabut utk mempertikaikan atau menafikan org lain wujud.. atau nak minta org lain duduk bawah PAS semata-mata.

Wallahu'alam
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: IKRAM gerakan dakwah baru yang macamana?

Grandma5011
In reply to this post by coolman
ISMA !!! Tolong jangan panggil depa ISMA ..

ramai orang masih tak tau..mungkin ada ahli IMM sendir pun tak sedar masih panggik diri mereka ISMA.

 ni grandma nak bagi tau .  Setau Grandma ISMA dah tak ujud. ISMA tu hak cipta pihak tertentu..
tolong habaq kat semua kawan2 hampa.

hampa dah ketinggalan maklumat .. nama depa sekarang Ikatan Muslim Malaysia (IMM) bukan lagi ISMA yakni (Ikatan Siswazah Muslimin Malaysia).

Anggota ISMA yg Islamik dah masuk Ikram .. Isma yg nak martabatkan bangsa ni tak masuk IKRAM .. depa dah pakai nama baru IMM.

sila semak.... en.wikipedia.org/wiki/Ikatan_Muslimin_Malaysia ..
 
Tima kasih
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: IKRAM gerakan dakwah baru yang macamana?

pejuang
In reply to this post by Pendekar
anda kene faham bagaimana penggunaan qias disini...bukanlah qias disini menyamakan orang munafik dengan muslim sesama muslim tetapi qias disini adalah berdasarkan i'llahnya(sebab)...i'llahnya adalah pembinaan masjid dhirar yang dibina yang menyebabkan perpecahan...maka diqiaskan pada jemaah yg dtubuhkan walaupun atas nama kebaikan tetapi menyebabkan kerosakan...qias disini tidak menyentuh dalam menyamakan org mumin dgn orag munafik kerana yg dirujuk adalah binaannya bukan pembinanya...cuba teliti balik bagaiman ulama menggunakan teknik qias dalam sesuatu hukum...
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: IKRAM gerakan dakwah baru yang macamana?

ahli ngo
In reply to this post by coolman
ahlan to pas, jim, abim , haluan, ikram n semua psatuan yg akn muncul (nada perli)...... saya sbg slh sorg ahli ngo juga sbnarnya rs xpuas hati..skrg sy rasa apa yg pernah 'mereka' rasa...islam x boleh bsatu kalau perkara ni blarutan....bayangkn jika kita ada beribu2 psatuan islam akn datng..bgaimana suara islam dapat disatukan untuk umat islam?
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: IKRAM gerakan dakwah baru yang macamana?

ahli ngo
In reply to this post by coolman
ahlan to pas, jim, abim , haluan, ikram n semua psatuan yg akn muncul (nada perli)...... saya sbg slh sorg ahli ngo juga sbnarnya rs xpuas hati..skrg sy rasa apa yg pernah 'mereka' rasa...islam x boleh bsatu kalau perkara ni blarutan....bayangkn jika kita ada beribu2 psatuan islam akn datng..bgaimana suara islam dapat disatukan untuk umat islam?
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: IKRAM gerakan dakwah baru yang macamana?

sekadarpandangan...
In reply to this post by mukmin
Bersatu itu perlu, tetapi janganlah keliru di antara bersatu di bawah ISLAM, atau di bawah PARTI ISLAM SEMALAYSIA.... jngnlah sama tarafkan PAS dengan ISLAM... mungkin ramai yang memilih untuk tak bersama dalam satu parti atau satu persatuan.. tapi mereka semua inginkan yang terbaik untuk islam, dan akan bersatu di bawah nama islam itu sendiri... WallahuA3lam..
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: IKRAM gerakan dakwah baru yang macamana?

kartika
In reply to this post by coolman
byk betul komen setuju dan tidak, dr ape yg da sy bc..sy tidak memberi pendapat berdasarkan nas atau apa2 dalil atau sebarang petikan. cume rasa yg pernah sy lalui, dan pendapat peribadi.

bg sy, Islam itu mudah.. tp ramai yg membincangkan permasalahan2 dalam Islam seperti nampaknya Islam itu keliru, penuh percanggahan, beban dan susah.

ape yg pernah sy lalui dalam dunia jemaah, ikhlas dari hati sy, amat menjengkelkan sy. kerana kebanyakan mereka lebih memperjuangkan motif jemaah dari motif Islam. walaupun segelintir mereka yg bersikap sedemikian, cukup utk buatkan sy lemas. dan sikap2  mereka ini menjauhkan sy dari jemaah. mereka lebih suke membezakan fikrah daripada berlapang dada dengan perbezaan yg Allah ciptakan. sy setuju dgn salah satu komentar yg mengatakan bhw sesiapa pun kt mahu bawa manusia kepada Islam, kepada Allah, bukan kepada jemaah.

brp byk jemaah yg muncul atas muka bumi ni bukan persoalaanya sekarang, di sini atau di mana2..persoalannya adalah sejauh mana perjuangan kita, perjuangan anda yg komitedkan diri dgn da'wah, telah sampai kepada jiwa2 di luar sana. hentikanlah persoalan seperti ini kerana kt cume akan diperlekehkan org bukan Islam..kerana soalan2 inilah sebenarnya yg akan wujudkan perpecahan. cukuplah dgn konflik syiah sunni yg masih xsudah2~

sy juga xfaham kenapa penulis asal mesti kaitkan IKRAM dengan UMNO.. kalau ade perkaitan sekalipun, salah ke kalau IKRAM punye harapan utk menyerapkan beberapa wakil hebat ke dalam politik utk membawa perubahan yg baik? sy bukan org politik tp ini cume pendapat yg difikirkan logiknye. sbb kalau die secara individu nak islahkan politik mungkin die xcukup kuat dan akan hanyut, maka di sini sy lihat fungsi jemaah di belakangnya, supaya die istiqamah dalam ape yg die perjuangkan. mungkin dengan usaha ni dan pengorbanan individu2 tertentu ni akan menghasilkan UMNO yg baru dan akhirnya mempunyai tujuan perjuangan yg same dengan PAS? siapa tahu~ itupun kalau mmg ade perkaitan seperti yg diutarakan dalam artikel asal..Wallahua'lam.

bg sy, xmolek utk kt terus melabel pertubuhan2 da'wah yg berbeza sbg pemangkin perpecahan...bukankah Allah mmg ciptakan kt dengan perbezaan tapi dikumpulkan dalam satu keimanan? perpecahan itu cume wujud bile anda sendiri yg wujudkan perpecahan itu dalam jiwa anda. kerana hakikat penubuhan badan2 da'wah bukan utk memecahbelahkan umat Islam, tp mengajak manusia kepada keimanan. kembalilah kepada agenda asal anda semua..

setiap org punya cara yg mereka selesa, punya org yg mereka serasi utk beroperasi, utk bergerak, utk berdakwah. raikanlah perbezaan yg dikurniakan ini..mungkin ada kumpulan akan terlalu syadid, mungkin juga berada di pertengahan, mungkin ada juga yg baru nak memulakan langkah..tiap org punye preference yg berbeza, keupayaan berbeza. tp tetap semuanya mahu membawa manusia kembali kepada Tuhan. jangan dipertikaikan tujuan itu..

jadi bg sy, byk jemaah membawa maksud perpecahan itu xtepat..sbb hati insan2 di bawah naungan jemaah yg berbeza tetap sentiasa bersatu di bawah kalimah tauhid. insyaAllah.

harapnye sudah2la dalam membeza2..kerana azalinya, kt memang dilahirkan berbeza..
AKU
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: IKRAM gerakan dakwah baru yang macamana?

AKU
In reply to this post by rijal
SALAM. MAAF MENEGUR. CARA BIDASAN "sedarlah and masih lagi hingus dalam mengenal dakwah dan waqi'nya" OLEH TUAN "Rijal" SUDAH MENUNJUKKAN CIRI2 "TRADISI KEEGOAN"... Mungkin beginilah sifat2 mazmumah segelintir org2 yg dikaderkan dlm "jemaah baru itu" apabila merasa dirinya hebat drpd org lain dan tidak pula mahu bersama merintis jalan para ulama' kesekian lamanya di Msia (sejak 1948 hingga kini)... Wallahu a'lam.
AKU
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: IKRAM gerakan dakwah baru yang macamana?

AKU
In reply to this post by kartika
SALAM. RENUNGAN.

ISU JIHAD BERSAMA JEMAAH MUSLIMIN

Surah Ali Imran : 167. "Dan supaya Allah mengetahui siapa orang-orang yang munafik. Kepada mereka dikatakan: "Marilah berperang di jalan Allah atau pertahankanlah (dirimu)". Mereka berkata: "Sekiranya kami mengetahui akan terjadi peperangan, tentulah kami mengikuti kamu"[247]. Mereka pada hari itu lebih dekat kepada kekafiran daripada keimanan. Mereka mengatakan dengan mulutnya apa yang tidak terkandung dalam hatinya. Dan Allah lebih mengetahui dalam hatinya. Dan Allah lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan."

[247] Ucapan ini ditujukan kepada Nabi dan sahabat-sahabat beliau sebagai ejekan, karena mereka memandang Nabi tidak tahu taktik berperang, sebab beliau melakukan peperangan ketika jumlah kaum muslimin sedikit. Ucapan ini dapat digunakan untuk mengelakkan cercaan yang ditujukan kepada diri orang-orang munafik sendiri.

CONTOH : Aku pernah berbincang dgn segelintir ahli2 dlm byk2 persatuan islam yang baru wujud ini, kebanyakannya sokong PAS, nak PAS menang dlm PRU sbg strategi utk menegakkan ISLAM... Persoalannya kenapa tak berganding bahu utk kemenangan ISLAM.

ISU DUDUK BERSAMA UMNO

Surah Ali Imran : 179. "Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini[254], sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik (mukmin). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara rasul-rasul-Nya[255]. Karena itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar.

[254]. Yaitu: keadaan kaum muslimin bercampur baur dengan kaum munafikin.
[255]. Di antara rasul-rasul, Nabi Muhammad s.a.w. dipilih oleh Allah dengan memberi keistimewaan kepada beliau berupa pengetahuan untuk menanggapi isi hati manusia, sehingga beliau dapat menentukan siapa di antara mereka yang betul-betul beriman dan siapa pula yang munafik atau kafir.

CONTOH : Ada sebahagian kaum muslimin yg sanggup bersama UMNO/BN yang jelas menghalangi kerja-kerja ISLAM drpd PAS dan persatuan2 ISLAM di BUMI MALAYSIA.

TIDAK YAKIN DGN HUKUM ALLAH (HUDUD DLL)

Surah Al-Fath : 6. "dan supaya Dia mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrik laki-laki dan perempuan yang mereka itu berprasangka buruk terhadap Allah. Mereka akan mendapat giliran (kebinasaan) yang amat buruk dan Allah memurkai dan mengutuk mereka serta menyediakan bagi mereka neraka Jahannam. Dan (neraka Jahannam) itulah sejahat-jahat tempat kembali."

CONTOH : Siapakah yang telah secara terang-terangan menyatakan "HUKUM HUDUD TIDAK SESUAI DILAKSANAKAN PADA ZAMAN SEKARANG... SBB MASYARAKAT MAJMUK... NANTI BOLEH MAKAN SUP TANGAN... DLL..." Oleh itu, inilah contoh sifat prasangka buruk terhadap ALLAH SWT yang MAHA AGUNG. ALLAHU AKBAR...

AKU PEMBELA ALLAH
AKU BERSATU DENGAN UMMAT
PARTI HANYA WASILAH DAN WADAH
BERSAMA ULAMA' PEWARIS ANBIYA'

WALLAHU A'LAM.

Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: IKRAM gerakan dakwah baru yang macamana?

daif indallah
In reply to this post by mukmin
aq ingin berjuang d jlnnya .relaku korbankan segalanya demi cintaNYA,nyawaku,hartaku,tenagaku,jiwaku and cintaku kernaku tau cintaNYA adalh destinasiku.Namun saat ini aq bingung dimanakah inginku libatkn diri kerna terlalu banyak cabang dan simpang siur.Masing2 mengatakn tujuan yg sma, destinasi yg sma.semuanya nmpk sempurna.jika begitu adakh perluku libatkn diri dlm kesemuanya.logikkah?.mmpukh aq?adakh benar semuanya benar?dimanakh yg pling benar? Aq x ingin mmbidas mna2 pihak kerna masing2 mmpunyai hujah, aq hormati ttp inilh yg sdang aq fikirkn. Dimanakah uslub yang sempurna?. Ya Allah tunjukilah aq ke jln yg benar.amin
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: IKRAM gerakan dakwah baru yang macamana?

fatoni
In reply to this post by AKU
Assalamualaikum,
Sekadar ingin membetulkan salah tanggapan beberapa komen yang ada. Sebenarnya ada kerjasama yang erat diantara pimpinan2 jemaah samada PAS, Ikram, Haluan dsbnya. Tidak dinafikan ada yang berselisih atau mufaraqah dsb tetapi jangan buat tuduhan mengatakan melulu mengatakan 'semua' selain PAS memecahbelah dsbnya. Takut2 nnti kita tersilap menjatuhkan hukuman pd mereka yang ikhlas dan lebih baik Islamnya dari kita yang hebat meng'komen'.

Tok Guru Nik Aziz sendiri pernah mengambil Timb. YDP JIM Kelantan menjadi adun sehingga sekarang. Kalau TG Nik Aziz boleh berlapang dada bahkan boleh memberi kepercayaan...bagaimana pula dgn kita...adakah yg hebat memberi komen lebih hebat dan lebih 'tsiqah' dari TG. begitu juga dgn seorang Adun Pas yang merupakan pimpinan ABIM yg sgt disegani bukan shj oleh org2 ABIM bahkan oleh org2 PAS kerana keilmuwan dan kewarakannya. Setahu saya mereka masih tetap berkecimpung dalam aktiviti dakwah dalam jemaah mereka, tanpa dipertikaikan oleh kepimpinan PAS sendiri.

Jamaah2 ini berdakwah untuk menegakkan Islam. Bukankah apabila Islam makin difahami dengan sendiri sokongan kepada PAS semakin meningkat. Saya sendiri menyokong PAS dengan undi saya hasil usaha dakwah mereka2 ini. Apabila saya memahami tentang Islam tidak dapat tidak saya perlu menyokong kerana PAS berjuang menegakkan Islam. Kalau PAS boleh berlapang dada dengan DAP yg majoritinya bukan Islam, takkanlah tak boleh berlapang dada dengan IKRAM, Haluan dsbnya yang jelas2 hendakkan Islam.

Pesanan saya..marilah berlapang dada. Kita boleh berwaspada tetapi jgn berprasangka. Hargailah orang lain...ada ahli JIM yg saya kenal begitu bersungguh2 berkempen di pasar bersama seorang pimpinan PAS yg kini menjadi pesuruhjaya PAS sebuah negeri. Ada ahli2 Haluan berceramah dari rumah kerumah untuk meraih undi bg PAS. Ada ahli ABIM yang berhabis harta untuk membantu kewangan PAS ketika pilihanraya. Bahkan banyak lagi kisah2 kerjasama, ukhuwwah antara jemaah2 ini dengan PAS. Sebarkan Ukhuwwah bukan permusuhan. Wallahua'lam
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: IKRAM gerakan dakwah baru yang macamana?

anymous
In reply to this post by Grandma5011
maaf puan .
ISMA masih menggunakan nama yang sama iaitu ISMA . namun maksudnya adalah Ikatan Muslimin Malaysia kerana ISMA bukan untuk siwa/wi sahaja malah mencakupi keseluruhannya .. tetapi saya kagum dengan pendapat masing masing . persatuan semuanya bermatlamatkan yang sama . cuma kalau kita nampak yang salah ,jangan dicontohi. ambil yang baik sebagai tauladan . maaf kerana tiada ayat Quran sebagai hujah, namun saya yakin jikalau Umat Islam bersatu di bawah naungan Yang Maha Esa, Islam pasti akan menemui kegemilangannya . tidak boleh kita katakan yang lain adalah salah dan persatuan kita sahaja yang betul,namun bersatulah kerana itulah yang terbaik. sebaiknya jangan assobiyah kerana orang Kafir akan mentertawakan kita dengan keadaan yang sebegitu . BERSIH adalah satu perhimpunan yang penganjurnya adalah AMBIGA, korporat korporat yahudi . kita tidak sedar namun itulah hakikatnya . sebenarnya janganlah membesarkan isu yang kecil kerana banyak lagi perkara penting yang perlu dititik beratkan seperti LGBT yang sudah berleluasa sekarang . tidak sepatutnya kita sewenang wenangnya membenarkan LGBT, itu adalah salah . (maaf kerana lari dari tajuk) . tapi hakikatnya laksanakanlah sunnah Rasulullah yang paling besar iaitu DAKWAH . itu yang hakiki .
terima kasih ..

-Hamba Allah-
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: IKRAM gerakan dakwah baru yang macamana?

hambaNya
In reply to this post by manusia
meh sy bg 1 fakta yg pahit tapi benar.makin ramai jemaah makin lemah kita.sy stuju mmg realitinya xramai yg berjuang untuk bergabung dibwh ISLAM tpi lbh kpd di bwh JEMAAH. sy tggl di Mesir. so tau jelah brp byk jemaah ada.tapi memng amat menyedihkn melihat ahli2 setiap jemaah.bg mereka ukhuwwah itu hnya antara ahli2 mereka sahaja.mereka berkata tentang dakwah.tpi dakwah mereka hnya dgn ahli jemaah shja.mana2 yg xfhm tntg IDlam tu..xnmpk pula ahli jemaah ni cuba brdakwah kpd mereka?sy brckp tntg keadaan di Mesir.dan ini perkara benar yg kami lalui.sekian
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: IKRAM gerakan dakwah baru yang macamana?

kubungman
In reply to this post by Grandma5011
rse nye ISMA tetap ISMA dari dulu lg...xde perubahan apa2 pon dibuat....kne bce balik rse nye.....jgn duk maen ckp aje.......
12
Loading...