Quantcast

KERINGNYA TASIK GALILEE & TURUNNYA NABI ISA

classic Classic list List threaded Threaded
13 messages Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

KERINGNYA TASIK GALILEE & TURUNNYA NABI ISA

cahaya
saya copy..
nie link.. http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=98049
mengajak bersama, benarkah atau sebaliknya..terima kasih..

Assalamualaikum semua para hadirin sekelian...
salam peringatan dari saya berkenaan tasik galilee,
sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun kering dengan derasnya...
Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias

Ada 1 hadis Sahih yang saya sengaja tiada tunjukkan di sini,
memberitahu saya dan anda semua,
bahawa...
bila keringnya tasik ini,
maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa,
itulah saatnya dan perhatikan lah tasik ini,
sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda2 besar...
Carilah hadis sahih ini sampai dapat,
dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini,
di ketika anda tahu itu,
anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat,
menjadi kerisauan saya sekarang ialah,
tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi,
dan 9 tahun telah pun berlalu...

Saudara serumpun ku...
anda semua harus beringat,
bila tasik ini kering,
maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi,
membantu imam mahdi,
memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi...

dan aku ingatkan lagi,
hadis ini amatlah sahih,
sedangkan tiada 1 ulamak di tanah Melayu pun berani membongkar hadis sahih ini,
dengan kata lain,
mereka tahu tapi mereka kekurangan berani,
kerana hakikat itu jelas,
tasik galilee sedang kering dengan lajunya,
dan mengikut kajian sains,
tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasarnya,
dan ketika itulah Nabi Isa turun...



dan anda semua kena faham,
sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus),
sudah pastilah proses2 untuk menjadi ASBAB perlunya baginda turun,
ASBAB itu mestilah terjadi,
ini bermakna wahai tuan2...

Proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:
- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...
- ini bermakna sistem dajal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda hensem dari timur itu dilantik menjadi imam mahdi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....
- dan ini bermakna, adalah amat saya yakini, bahawasanya, pemimpin hensem dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita,
samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak2 ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...
-ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam forum ini melainkan untuk mengajak kamu semua langsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak, dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang ahal ini, namun anda mungkin terlambar di saat itu...
-dan kerana itulah saya hadir untuk menyelamatkan ramai traders dan ramai dari mereka dapat kaut untung yang banyak dan dapat langsaikan hutang dunia sebelum saat itu tiba...

Ingatla saudara2 ku...
Mereka ber-3 akan muncul selang silih sahaja,
dan mereka ber-3 berkongsi gelaran yang sama,
mereka ber-3 adalah manusia belaka,
2 daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang,
sedangkan 1 dari mereka ber-3 berumur pendek tapi dapat meminpin dunia.

Ketahuilah mereka ber-3 ialah:
- Al Masih Imam Mahdi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa

Ingatlah kawan2...
sekiranya umur anda adalah sekitar 20 han 30 han (pada hari ini),
percayalah,
dalam tempoh 50 tahun ini sahaja,
semua tanda2 untuk munculnya tanda2 besar,
pasti 100% muncul di zaman anda,
samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul,
atau anak2 anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu,
ketahuilah,
tasik galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi,
dan proses pengeringan ini amat dasyat sehingga yahudi2 di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras tasik galilee ini,
dan 9 tahun sudah pun berlalu,
ada baki lagi 41 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi,
dan anda harus ingat...!!!


Sekali lagi saya anda ingatkan,
bila Nibiru melalui nanti (diteorikan),
2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki),
iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi),
dan...
(teori 2 gerhana pada tahun 80 han "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012),
dan sekiranya teori ini benar2 berlaku,
maka sahlah dan lengkaplah semua tanda2 kecil,
dan kehadiran tanda2 besar pasti berlaku tanpa berlaku.

KAJIAN SAINS:
Setelah saya membuat kajian...
sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari,
gelombang2 pancaran akan keluar,
dan menjahanamkan semua sistem2 dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api,
dan ini bermakna,
semua apa sahaja jentera langit dan bumi,
asalkan yang mempunyai saluran elektrik,
akan dengan sendirinya tidak berfungsi,
satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, tenaga elektrik, henfon, playstation tidak akan langsung berfungsi lagi,
dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik.
Ini pesanan saya lagi...
=tiada 1 hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat2 yang selain pernah nabi sendiri pakai=
sekiranya kajian saya di atas,
maka sahla,
apa sahaja teknologi moden hari ini,
persenjataan tercanggih,
akan menjadi tidak aktif dan collapse...
maka hidup anda pada selepas peristiwa besar ini berlaku,
adalah 1 kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik,
manusia akan kembali kepada fitrah semula,
dan mana2 manusia yang tinggal di bandar,
adalah manusia yang paling rugi di kala itu,
kerana...
bandar yang duduki itu sedang tenggelam,
kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim,
seperti banyak yang ada di tanah Melayu...

Kepada semua angkatan Teknik_Keris,
saya pernah pesan gunakan duit untung trading untuk:
-melangsaikan hutang dunia
-membeli tanah di pedalaman
-menguasai sungai2 dan pinggiran gunung
-membeli kuda 1 orang 2 ekor
-mengasah pedang dan mencanai keris
-menguasai kembali teknik pancutan iaitu MEMANAH
-dan kembali mengajar anak2 kamu semua berenang

Ketahuilah,
kita ada tak sampai 41 tahun aje lagi sebelum tasik galilee kering sepenuhnya,
kita ada hanya purata 41 tahun aje lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini,
dan anda kena faham lagi sekali,
sebelum Nabi Isa itu turun,
sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita,
dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi,
dan sudah semestinya lah akibat perang itu,
dengan sebab sistem yang lengkap di keliling kita,
menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar,
ya kawan2...
dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi isa,
dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan,
sekali lagi saya ingatkan,
anda hanya ada 41 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar,
bila 1 tanda besar keluar,
maka lengkaplah semua tanda2 kecil,
bila 1 tanda besar keluar,
akan datang tanda2 besar seterusnya tanpa ragu2...

Dan ingatlah wahai Muslimin,
doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman,
dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad,
dari susurgalur Nabi Muhammad lah,
akan munculnya pemuda hensem bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"),
yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi,
percayalah,
di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad,
kerana mereka berdua dari keturunan yang sama,
sedangkan Mahdi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat,
carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Alquran)
dan kerana itulah,
Solat 5 Waktu di tahiyat akhir,
akan selalu kita bacakan nama 2 Nabi itu.

Pesanan Terakhir,
langsaikan hutang secepat mungkin,
tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman,
kumpulkan kain2 yang tahan lama,
ternak dan gembala kambing,
ajar anak anak menunggang kuda,
simpan cermin mata anda sebaik mungkin,
banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik,
banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah,
latihkan anak2 Melayu kita dengan kemahiran memanah,
banyakkan berenang di waktu petang,
minta maaf pada saudara2 dekat dan saudara2 jauh,
kita kena cepat mintak maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajal menguasai hari)

Kalau perlu,
sila sebar2kan nasihat di atas kepada semua Muslimin yang pandai berbahasa Melayu.

================================================== ===============
bersambung...

Carilah Hadis SAHIH tentang tasik ini sampai dapat,
saya sudahpun sediakan pancingnya,
tinggal anda mendapatkan ikannya...
kemudian, ramai2lah bincang di sini,
sebelum elektrik takde di kemudian hari.
PESANAN:
cetak artikel ini dan hantar ke JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI,
sekiranya anda tak percaya tentang hadis ini,
buktikanlah saya salah,
saya sedia menerima teguran.

Salam Ramadhan Salam Sepadan
Umat Melayu Waris Beriman.

Yang Iklas,
Megat Panji Alam,
Teknik Keris.

Wassalam.
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Hadis Tentang Tasik Thabari

Ibnu Ir Fadzil
Administrator
Hadis Tentang Tasik Thabari ini telah diriwayatkan oleh Fatimah bin Qais (Shahih Muslim 6/119), beliau mendengar Rasulullah SAW berkhutbah. Di dalam khutbah tersebut, Baginda SAW memberitahu bahawa Tamim ad Dariy telah memberitahu Baginda SAW, bahawa dia pernah tersesat ketika dalam pelayaran. Lalu, beliau dan beberapa orang teman terdampar di sebuah pulau.

(Tamim Ad Dariy adalah seorang beragama Nasrani, lalu memeluk Agama Islam, lantas ketika bertemu dengan Rasulullah itulah, beliau menceritakan kisah ini)

Ketika terdampar, beliau telah masuk ke dalam pulau tersebut, dan bertemu dengan makhluk yang berbulu lebat. Setelah ditanya, binatang tersebut menjawab bahawa ia adalah Jassasah.

(Di dalam beberapa kitab hadis, banyak meletakkan hadis ini di bawah tajuk Kisah al Jassasah)

Setelah itu, Jassasah menyuruh Tamim ad Dariy bertemu dengan seorang hamba Allah yang sedang dikurung di dalam sebuah bilik..

(Hamba Allah ini adalah Dajjal, sepertimana yang Nabi SAW beritahu di akhir hadis tersebut)

Lalu, berlakulah soal jawab di antara Dajjal dan Tamim ad Dariy. Ketika itu Tamim ad Dariy tidak tahu bahawa orang yang sedang bersoal jawab dengannya adalah Dajjal. Antara soalan yang ditanya..

......................

Manusia itu bertanya : Ceritakan kepadaku tentang pelepah tamar Baisan.

Kami bertanya : Berdasarkan bentuk apakah yang kamu ingin kami ceritakan?

Manusia itu menjawab : Aku bertanya kepada kamu tentang pelepahnya, adakah ia sudah berbuah?
Kami berkata kepadanya : Ya..

Dia berkata : Sesungguhnya ia tidak akan berbuah lagi dalam masa terdekat.

Dia bertanya lagi : Ceritakan kepadaku tentang Tasik Thabari.

Kami bertanya : Berdasarkan bentuk apakah yang kamu ingin kami ceritakan?

Dia berkata : Adakah masih terdapat air di situ?

Mereka menjawab : Di tasik tersebut terdapat banyak air.

Dia berkata : Sesungguhnya air di situ akan mengering dalam masa terdekat.


Dia bertanya lagi : Ceritakan kepadaku tentang Ain Zughar (Sebuah Bandar di Syam yang mempunyai sumber air dari dalam bumi).

Mereka bertanya : Berdasarkan bentuk apakah yang kamu ingin kami ceritakan?

Dia berkata : Adakah di Ain itu masih terdapat air? Adakah penduduknya masih bercucuk tanam dengan air tersebut?

Mereka berkata kepadanya : Ya, ia masih mempunyai banyak air dan penduduknya masih bercucuk tanam dengannya (air tersebut).

Dia bertanya lagi : Ceritakan kepadaku tentang seorang Nabi SAW yang tidak tahu membaca dan menulis, apakah yang dia lakukan?


.......................................

Sila rujuk artikel saya tentang kisah ini pada link di bawah ini, terima kasih - Ibnu Ir Fadzil

http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/03/dajjal-laknatullah-siri-6.html
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Hadis Tentang Tasik Thabari

cahaya
Alhamdulillah, syukran..
Subhanallah.. hingga terleka dan tak banyak hadis yang diketahui oleh diri ini tentang dajjal..
Adalah persediaan bagi pejuang-pejuang untuk belajar memanah, berkuda dan sebagainya..
Mencipta aktiviti sukan baru di setiap keluarga, sekolah, universiti dan sebagainya..
Mati katak atau mati syahid?? Allahummaghfirlana..
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: KERINGNYA TASIK GALILEE & TURUNNYA NABI ISA

syimah
In reply to this post by cahaya
copy blh??terima kasih..
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: KERINGNYA TASIK GALILEE & TURUNNYA NABI ISA

nuaar
In reply to this post by cahaya
assalamualaikum wbt..insyaalaah ana boleh bantu pd sesiapa yg berminat utk belajar teknik memanah..ana punyai sedikit ilmu dlm bidang tersebut dan ana juga merupakan jurulatih yg bertauliah..berminat hubungi di face book..(nuaar abduul) tiada bayaran utk segala maklumat dlm ilmu tersebut..
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: KERINGNYA TASIK GALILEE & TURUNNYA NABI ISA

mummyahyar
In reply to this post by cahaya
copy yerr..tq
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: KERINGNYA TASIK GALILEE & TURUNNYA NABI ISA

Ayi Hidayat Baharuddin
In reply to this post by cahaya
Assalamu'alaikum ya akhi.

Sungguh menarik apa yang antum paparkan. Sudah lama sayapun melakukan kajian tentang hal yang sama. Hadis yang antum maksud tentunya hadis yang berkaitan dengan shohabat Tamim Ad-Dariri yang bertemu dengan Al-Masihud Dajjal di sebuah pulau di sekitar laut Yaman.

Kajian yang saya lakukan telah sampai kepada kesimpulan siapa sebenarnya Al-Masihud Dajjal tersebut, yang tidak ada lain adalah Iblis yang telah menjelma menjadi manusia sejak zaman Yakub 'alaihi salam sebagaimana mimpi nabi Yakub yang berkelahi dengan seorang lelaki yang mengaku tuhan.

Pada zaman Musa 'alaihi salam Dajjal hadir dan masuk kedalam lingkungan umat nabi Musa agar dapat menyesatkan umat nabi Musa dan merusak ajaran nabiyullah tersebut yang ternyata menjadi kenyataan dengan munculnya ajaran Kabalah dengan kitab talmud yang menjadi tandingan dari kitab Taurat dan berubahnya silisilah leluhur nabi terahir yang semula bernama Ismail menjadi Ishaq sehingga ketika nabi terahir itu lahir kedunia dan diutus untuk umat manusia seluruhnya, kaum Yahudi dan nashrani yang berpegang pada kitab yang telah ternoda kesuciannya itu mengingkari kerasulanya kecuali sedikit saja dari mereka yang beriman.

Pada masa Isa Al-Masih hidup, Dajjal pun hadir menjadi salah satu murid Isa Al-Masih yang akhirnya berhianat dan menjual Isa al-Masih kepada Imam-Imam Yahudi dengan harga 30 keping emas. Akan tetapi Allah telah menyelamatkan Rasul-Nya Isa Al-Masih dan menggantikannya dengan murid yang celaka itu sehingga dia sendirilah yang mengalami peristiwa penyaliban yang akhirnya menjadi sumber inspirasinya untuk menyimpangkan ajaran Isa Al-Masih yang lurus dan bertauhid. Oleh karena itulah dia bergelar Al-Masihud Dajal yang artinya Al-Masih Palsu.

Sesungguhnya dia tidaklah mati karena peristiwa penyaliban itu, karena kematiannya telah Allah tangguhkan hingga datangnya hari kiamat. Oleh karena itu, dia kembali bangkit dari kuburnya dan menghilang untuk beberapa waktu lamanya dan ketika kembali ketengah-tengah komunitas murid Isa Al-Masih tidak ada seorangpun yang mengenalnya karena wajahnya telah rusak oleh penyiksaan dari tentara romawi dan orang Yahudi sendiri selama perjalanannya dari taman getsemani sampai kebukit Golgota/Calvary (bukit tengkorak) tempat dimana dia disalibkan dan diapun telah berganti nama pula.
Maka sebagai janji yang telah Allah firmankan dalan Q.S 3:55, Isa Al-Masih diturunkan kembali untuk membunuh Al-Masihud Dajjal yang telah mengotori namanya dengan ajaran agama Kristen dan penebusan dosa dengan penyaliban dirinya. Setelah Al-Masihud Dajjal terbunuh maka bersihlah nama Isa Al-Masih dan iblispun berahir sudah masa hidupnya yang panjang dan itu berarti hari kiamat memang sudah diambang pintu.

Ada satu yang menarik dari tulisan antum, yaitu tentang planet nibiru. Jika memang planet nibiru itu nanti hadir diantara matahari dan bumi sehingga terjadinya gerhana, saya merasakan satu kehawatiran yang besar bahwasanya pada saat itulah bumi terpengaruh gaya putarnya sehingga kemudian arah putarnya berbalik dan itu artinya perputaran matahari pun menjadi terbalik dan tentunya dia akan terbit dari arah sebaliknya yaitu dari tempat terbenamnya dan itu berarti tertutup sudah pintu taubat bagi manusia seluruhnya. Silahkan dikaji ayat dibawah ini dan lihat tafsirnya dalam Kitab Tafsir Ibnu Katsir :

Yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka), atau kedatangan Rabbmu atau kedatangan sebagian tanda-tanda Rabbmu 524 tidaklah bermanfa'at lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah: "Tunggulah olehmu sesungguhnya kamipun menunggu (pula)". (QS. 6:158)

[0524] Maksudnya: tanda-tanda kiamat.

Satu hal yang perlu diingat oleh kaum muslimin dimanapun dia berada. Apa yang semestinya muslimin lakukan saat ini?

Silahkan kunjungi tulisan saya disini :

http://www.facebook.com/home.php#!/note.php?note_id=163977620314091
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: KERINGNYA TASIK GALILEE & TURUNNYA NABI ISA

makhluk Allah S.W.T
In reply to this post by cahaya
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".(al a'raf ayat 187)...................................................di sini menunjukkan bahawa hari kiamat itu tidak diberitahu melainkan Allah S.W.T yang Maha Mengetahui. Bagaimana anda begitu pasti dalam tempoh 40-50 tahun lg akan berlaku kiamat? Sedangkan Allah lindungkan tarikh berlakunya kiamat kepada makhlukNya.
Saya tidak bermaksud ingin menyatakan anda salah, tetapi kita wajib mempercayai hari kiamat akan berlaku. Cuma tarikhnya tidak diketahui. Seperti anda katakan tadi, dalam tempoh 40-50 tahun lg, maksudnya tarikh akan berlakunya kiamat sudah diketahui. Adakah anda lagi hebat dari Nabi Muhammad S.A.W.? Sedangkan Nabi sendiri menyatakan dalam hadis di atas bahawa baginda tidak mengetahui tarikh berlakunya kiamat melainkan Allah S.W.T.

SALAH satu tanda orang yang beriman adalah percaya pada hari kiamat. Ini kerana beriman kepada hari kiamat adalah salah satu daripada rukun iman.

Namun, kira-kira dua tahun lalu, dunia dikejutkan dengan filem bertajuk 2012. Filem arahan Roland Emmerich itu mengambil idea daripada ramalan kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini atau hari kiamat akan berakhir pada tahun depan iaitu pada tarikh 21 Disember 2012.

Malah, lama sebelum filem 2012 dihasilkan, dokumentari bertajuk End Day pernah diterbitkan oleh BBC pada tahun 2004. Dalam dokumentari ini, digambarkan empat peristiwa besar yang mungkin menyebabkan kiamat;

1) Mega tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi dan juga hentaman asteroid.

2) Munculnya virus pembunuh yang kemudiannya menjadi wabak, sehingga membunuh jutaan penduduk dunia.

3) Supervolcano (letusan raksaksa gunung berapi) dari dasar Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan benua Amerika Utara musnah sama sekali, dan

4) Kesalahan para saintis berkaitan dengan eksperimen bagi mengubah hukum-hukum fizik seperti nuklear.

Bezanya antara filem fiksyen 2012 dengan End Day adalah di dalam End Day tidak menyatakan tarikh kiamat akan berlaku. Manakala, dalam filem '2012' dinyatakan secara saintifik tarikh kiamat itu.

Sungguhpun ramai mengetahui dan mengakui bahawa filem 2012 itu hanya dongengan, ramalan bencana besar yang akan berlaku itu amat berbahaya kepada orang yang belum memiliki iman yang kuat kerana dibimbangi mereka akan terpedaya lantas mempercayainya. Ini sebenarnya bertentangan dengan akidah Muslim.

Kaum Muslimin sebenarnya memiliki dua pusaka yang besar iaitu al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Dua teks ini sudah cukup bagi melindungi fahaman umat Islam daripada pelbagai ramalan mengenai hari kiamat.

Hakikatnya, sebelum penayangan filem 2012 terdapat lebih kurang 26 ramalan tentang hari kiamat yang disebarkan oleh kumpulan pemuja hari kiamat, ahli astrologi dan para ilmuwan.

Ramalan-ramalan tidak benar ini telah bermula seawal tahun 1945 hinggalah 2003. Antaranya;

l Charles, seorang paderi Kristian dari AS meramalkan kiamat iaitu bumi akan terbakar pada 21 September 1945, pukul 5.33 pagi

l Charles Laugheda, seorang doktor dari AS meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954

l Ada pihak pula pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, pukul 1.45 petang disebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik Amerika. Lucunya, ekoran ramalan itu ada orang yang menghasilkan perahu.

l Ahli astrologi India pula meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962 iaitu antara pukul 12.05 tengah hari hingga 12.15 tengah hari.

Pelbagai contoh ramalan kiamat di atas jelas membuktikan manusia tidak mampu mengetahui tarikh hari kiamat secara tepat.

Hanya Allah sahaja yang mengetahui saat kiamat datang melanda. Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengetahuinya. Baginda hanya diberitahu tentang tanda-tanda kiamat sahaja sebagaimana yang akan dikaji menerusi buku terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. berjudul Armagedon 2012 Bencana Akhir Zaman.

Buku tulisan pensyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia iaitu Wisnu Sasongko@Muhammad Alexander. Beliau yang kini dalam proses mendapatkan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang Sejarah dan Peradaban telah banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat.

Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain.

Armageddon: 2012 adalah nukilan hasil kajian berdasarkan fakta-fakta yang dirujukkan kepada penulisan ilmiah penulis-penulis lampau serta fakta-fakta yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis.

Pendekatan penulis yang meletakkan fakta-fakta mengikut susunan yang yang kemas serta bukti-bukti yang kukuh, sekali gus menjadikan ia mudah difahami oleh pembaca daripada pelbagai lapisan.
 
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: KERINGNYA TASIK GALILEE & TURUNNYA NABI ISA

lokman
In reply to this post by cahaya
Assalamualaikom.
Dalam hadis jelas menyatakan bahawa akan lahir seorang pemimpin yang namanya sama dengan ku(nabi muhammad) dan nama bapanya sama dengan nama bapaku(Abdullah). Itulah dia Imam Mahdi, dan pergilah bai'ah kepadanya walau dengan merangkak.

Berlakunya krisis di timur tengah sekarang, menunjukkan teori akan muncul seorang pemimpin yang boleh memimpin seluruh timur tangah. Cuba kita perhatikan, Iraq, walau perang telah tamat tapi masih jauh dari aman. Mesir, walau Hosni telah jatuh, masih lagi kucar kacir, begitu juga dengan lain-lain negara seperti syria, palestine(hamas & fatah), Yamen dan lain2. Bila kebanyakan negara islam dilanda krisis kepimpinan maka lahir seorang pemimpin yang di angkat oleh umat islam tapi bukan dia yang mengangkat diri sendiri sebagai pemimpin. Maka itulah IMAM MAHDI. Dia akan membentuk satu persatuan umat islam yang aman dan akan memerintah selama 7 tahun dan membantu nabi Isa untuk membunuh Dajjal.

Ingat!!
Kemunculan Imam Mahdi itu menandakan bermulanya TANDA TANDA BESAR KIAMAT
 
Lokman
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: KERINGNYA TASIK GALILEE & TURUNNYA NABI ISA

ummie
In reply to this post by cahaya
terima kasih...
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: KERINGNYA TASIK GALILEE & TURUNNYA NABI ISA

rkill
In reply to this post by makhluk Allah S.W.T
tahun tu untuk membuat persediaan,bukan betul2 kiamat apora.
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Hadis Tentang Tasik Thabari

hairi
In reply to this post by Ibnu Ir Fadzil
assalamualaikum..
mohon dikongsi..
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: KERINGNYA TASIK GALILEE & TURUNNYA NABI ISA

ismail_za86@yahoo.com
In reply to this post by cahaya
Loading...